Monday, July 16, 2012
♥ bittersweet .
tetiba rasa nak rewind balik zaman dahulu kala .
form 1 . 2008 .
tahun ni masuk alam baru . Maahad . ni la sekolah idaman dari sekolah rendah lg . saya dpt ramai kawan2 baru . kawan2 lama pun ada sekolah kat sini jugak . macam dah jd adat bila form 1 je selalu kena aim dengan senior . mmg best lah kena jeling , sabotaj semua tu . semua kenangan , nvm :) tahun ni kelas 1umar . tak banyak benda yg ingat . best kot :D
form 2 pulak . 2009
tahun ni best . best sbb banyak main . huehue . kelas umar lagi . tahun ni banyak kenangan . tahun ni stat tarikh bersejarah dlm batch , 1 julai . stat tahun ni dpt num belas2 dlm kelas main punya pasal . orang kata form 2 ni time nak kenal dunia . ada jugak kebenarannya kat situ . time ni tak matang sangat . fikir main je .
form 3. 2010
tahun pertama duduk asrama . taktau la kenapa time ni nak sgt duduk asrama tu . tahun ni siryes balik . PMR kot . ceh siryes la sangat . haha . tahun ni mengajar saya utk sentiasa gembirakan ibu bapa saya . jgn kecewakan mereka . tahun ni banyak sangat kenangan pahit . nak mintak maaf pun rasa tak berbaloi . tp semua tu bg pengajaran . jgn sampai pisang berbuah dua kali .
alhamdulillah , dapat 9A pmr :)
form 4 . 2011 .
kelas 4 ibn sina . jauh dari form 4 lain . tahun ni rasa tenang je . bebas dri segalanya . awal2 tahun nak sangat2 pindah . dah dapat tawaran dah , tp ayah tak bagi . saya ada sebab tersendiri knp nak sgt pindah . tp bila fikir balik , mgkin saya akan lebih cemerlang kat sini , insyaAllah . cemerlang tu bukan dri segi akademik je . 4 ibs byk menang pertandingan haha . plg best drama form 4 :) biar la org nak kate apa , kami ttp gembira . tahun ni dapat jadi calon pengawas . hari semakin busy . jadual cuti sekolah terisi dengan berada kat Idea Unggul . best . tahun ni first time merasa sambut birthday dengan kawan :)
urmm , Allah bg peluang kedua . Alhamdulillah .
form 5 . 2012
masuk dah tahun terakhir . lagi bertambah busy . tahun ni saya banyak tak pergi event yg ada . weekend je ada kat idea unggul . tahun ni takde gmbar kelas n batch :( takde rezeki , tkpelah . ohh ya . kelas 5 ibn sina . kelas yang menyeramkan wlaupun ni kelas yg saya harapkan . alhamdulillah berpeluang belajar kat kelas ni . farisha dua tahun berturut2 jd partner saya . :)
berkenaan peluang kedua td , syukur sgt2 . saya ada matlamat sndiri tentang hal ni :) i will never let it go :) peluang ni bukan dorong saya utk jd mcm dlu , tp berubah kepada yang lebih baik . cuba utk jaga hati ni dan berhati hati dlm stiap tingkahlaku . yang penting , doa banyak2 walaupun saya tau saya tak layak pun .
okay mungkin ni yg terakhir sebelum saya SPM dan tamat sekolah menengah . doakan saya dpt straight A+ . saya nak belajar kat luar negara . ini jugak yg ibu bapa saya harapkan . doakan ye . doakan utk kawan2 lain jugak !
2:37:00 PM